MENU

Terma dan Syarat Pertandingan

  • Penyertaan terbuka kepada SEMUA WARGA MALAYSIA tanpa mengira had umur KECUALI pegawai, kakitangan dan ahli keluarga kakitangan Majlis Perbandaran Nilai;
  • Telah berdaftar sebagai pengguna aplikasi INSTAGRAM dan FACEBOOK.
  • 2 kategori yang dipertandingkan iaitu :

               i.    Kategori Selfie (Perseorangan)

              ii.    Kategori Wefie (Kumpulan)

  • Peserta perlu mengambil gambar SELFIE’ / WEFIE secara kreatif di IKON “Den♥NILAI”.
  • Suntingan atau ubahsuai seperti pengubahan brightness, cropping, softening dan sharpening terhadap hasil kerja menggunakan aplikasi instagram adalah DIBENARKAN. Teknik cantuman gambar (collage technique), super impose, trick photographs, dan gambar dimanupulasi adalah TIDAK DIBENARKAN;
  • Peserta bebas menggunakan sebarang jenis iOS atau sebarang peralatan yang menggunakan sistem ANDROID;
  • Kos penyertaan pertandingan ini ditanggung sendiri;
  • Peserta boleh menghantar seberapa banyak Gambar ‘Selfie / Wefie’ Kreatif tetapi peserta hanya layak memenangi 1 hadiah sahaja;
  • Pihak penganjur (Majlis Perbandaran Nilai) mempunyai hak milik ke atas Gambar ‘Selfie / Wefie’ Kreatif pertandingan serta BERHAK menggunakan bahan tersebut untuk sebarang tujuan tanpa sebarang bayaran kepada peserta;
  • Pemenang-pemenang akan diumumkan di Laman Web Rasmi MPN dan Facebook Rasmi MPN dan;
  • Setiap hasil kerja perlu mempunyai maklumat seperti berikut:  

                            i.    Peserta WAJIB post gambar tersebut di Facebook DAN Instagram Peribadi dengan  

                                  Hashtag seperti berikut :

                    #DenSayangNILAI

                    #mpnilai

                    #ikonNILAI

ii.   Caption / Ungkapan kreatif

iii.  Share post (Public post)

  • Hadiah pertandingan Selfie / Wefie:

  i.    Johan : RM500.00 beserta T-Shirt Den♥NILAI.

  ii.   Naib Johan : RM300.00 berserta T-Shirt Den♥NILAI.

     iii.  Tempat Ketiga :  RM100.00 berserta T-Shirt Den♥NILAI.

Bagi kategori Wefie, pemenang akan dipilih adalah berdasarkan akaun media sosial yang dipost sahaja.

 

Cara – Cara Menyertai Pertandingan :

 

            Langkah 1 :     Menjadi FOLLOWER kepada akaun Instagram : @mpnilai

            Langkah 2 :     LIKE Facebook Fanpage : Majlis Perbandaran Nilai / @mpnns

            Langkah 3 :     Muat naik Gambar ‘Selfie / Wefie’ Kreatif yang berlatarbelakangkan IKON

                                   Den♥NILAI pertandingan ke Instagram DAN Facebook peribadi.

            Langkah 4 :     Nyatakan HASHTAG #DenSayangNILAI,  #mpnilai & #ikonNILAI bersama

                                   UNGKAPAN kreatif mengenai Gambar ‘Selfie / Wefie’ Kreatif tersebut.

            Langkah 5 :     Nyatakan juga NAMA anda pada Gambar ‘Selfie / Wefie’ Kreatif yang dimuat naik.
 

 

  • Pertandingan bermula pada 25 Februari dan tarikh TUTUP penyertaan 16 Mac 2018 jam 12.00 tgh malam.
  • Pemenang-pemenang akan diumumkan di Laman Web Rasmi MPN dan Facebook Rasmi MPN.
  • Keputusan PANEL HAKIM ADALAH MUKTAMAD dan tidak boleh dipertikaikan.
Validity Date: 
Tuesday, 20 February 2018 to Friday, 16 March 2018