MENU

Adalah di maklumkan bahawa sempena Bulan Ramadhan yang bakal menjelang, Majlis Perbandaran Nilai sekali lagi lagi memberi peluang kepada peniaga - peniaga Bumiputera khususnya untuk menaik taraf ekonomi sempena Bulan Ramadhan dengan mengeluarkan Borang Permohonan Lesen untuk berniaga di Bazaar - Bazaar Ramadhan Di Bawah Kawasan Pentadbiran Majlis. Borang Permohonan boleh didapati secara percuma di Kaunter Pelesenan dan Pembersihan, Kaunter 10,  Tingkat Bawah, Majlis Perbandaran Nilai.

Syarat - syarat permohonan :

1.

Kelayakan untuk memohon :-

 

1.1

Pemohon adalah warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan

 

1.2

Tinggal atau bermastautin di dalam Negeri Sembilan

 

1.3

Pemohon hanya dibenarkan mengemukakan 1 permohonan dengan 1 petak perniagaan sahaja. Sekiranya pihak Majlis mendapati terdapat lebih dari 1 permohonan Majlis berhak membatalkannya.

 

1.4

Sekiranya permohonan berjaya. Tidak dibenarkan membuat pertukaran No. Petak sama sekali.

 

1.5

Pertukaran jenis jualan hendaklah dibuat sebelum bayaran tapak dijelaskan.

 

1.6

Kadar bayaran permit di bawah MPN untuk satu tapak adalah RM 145.00 dan patil RM 5.00. Pemohon diminta menjelaskan bayaran setelah selesai membuat pengundian petak.   

 

1.7

Jualan air tebu, air kelapa, ayam bakar, ayam percik, satay, sup & gulai lemak (gulai kawah) dikenakan deposit RM200.00

2.

Dokumen yang perlu dibawa semasa permohonan :-

 

2.1

Kad Pengenalan asal dan salinan

 

2.2

2 keping gambar berwarna terbaru pemohon (ukuran pasport)

 

2.3

Salinan Sijil Kursus Pengendalian Makanan dan kad/surat pengesahan suntikan Anti Typhoid yang masih sah bagi pemohon makanan bermasak/minuman sahaja

3.

Lantikan pembantu hendaklah warganegara Malaysia dan bermastautin/tinggal di Negeri Sembilan disertakan dengan dokumen berikut :-

 

3.1

Kad Pengenalan asal dan salinan

 

3.2

2 keping gambar berwarna terbaru pemohon (ukuran pasport)

 

3.3

Salinan Sijil Kursus Pengendalian Makanan dan kad/surat pengesahan suntikan Anti Typhoid yang masih sah bagi pemohon makanan bermasak/minuman sahaja

Tarikh tutup permohonan pada 18 April 2018 (Rabu)

BORANG PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP DIISI / TIDAK MEMENUHI SYARAT AKAN DITOLAK

>>Senarai Lokasi Bazaar Ramadhan Kawasan Majlis Perbandaran Nilai Tahun 2018

Validity Date: 
Thursday, 22 March 2018 to Wednesday, 18 April 2018