MENU

Sepasukan pendaki dari Majlis Perbandaran Nilai yang dikenali sebagai MPN Hikers seramai 12 orang pada pagi ini berjaya menawan puncak Gunung Kerinci, Indonesia setinggi 3,805 dari paras laut.

Dalam pendakian yang dianjurkan dengan kerjasama Malaysia Autism Foundation (MAF) itu, MPN Hikers turut merealisasikan impian pesakit autisme Mohd Shafiq Rosdin untuk mendaki gunung berkenaan.

Kejayaan itu menjadikan Mohd. Shafiq pesakit autisme pertama dari Malaysia yang menawan puncak gunung berapi aktif tertinggi di Indonesia itu.

MPN Hikers mewakili seluruh warga pihak berkuasa tempatan itu mengucapkan sekalung penghargaan kepada Yang Dipertua MPN, Datuk Zazali Salehudin dan Malaysia Autism Foundation dan Khairil Zaibuddin daripada MORU selaku penyelaras program pendakian itu.

 

 

 

Validity Date: 
Wednesday, 18 September 2019 to Thursday, 31 October 2019