A. Apakah itu Cukai Taksiran?
Cukai Taksiran atau Cukai
Pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas bangunan / tanah yang
terletak dalam kawasan Majlis Perbandaran Nilai seperti berikut:-
Bangunan
Kediaman(pangsapuri, rumah pangsa, rumah teres, banglo dan lain
-lain)
Bangunan Perusahaan(kilang dan gudang)
Bangunan perdagangan / perniagan (kedai, pejabat, pasraya, hotel,
stesen minyak dan lain -lain)
Tanah Pertanian
Tanah Kosong
B . Bagaimana Cukai Taksiran Dikenakan?
Bagaimana Cukai Taksiran Dibelanjakan?
Ia dilakukan melalui proses
nilaian berpandukan nilai tahunan dan kadar peratus yang diwartakan.
''Nilai Tahunan'' ertinya anggaran kasar sewa tahunan
yang munasabah dijangka akan diperolehi dari setahun ke setahun
dari pegangan yang berkenaan jika ia disewakan. Cukai Taksiran
ini dikenakan untuk membiayai :-
Pembinaan
dan penyelenggaraan kemudahan awam seperti dewan orang ramai,
tandas awam, perhentian bas, padang permainan kanak- kanak dan
tempat- tempat rekreasi, pasar dan sebagainya.
Pembinaan dan penyelenggaraan taman permainan dan kemudahan- kemudahan
awam.
Penjagaan dan penyelenggaraan infrastruktur seperti jalan, parit,
longkang dan sebagainya.
Penyediaan dan penyelenggaraan lampu- lampu jalan.
Pembangunan kawasan Majlis Perbandaran Nilai.
Pembuangan,
pemungutan dan pelupusan sisa pepejal.
Kesemua ini adalah untuk kesejahteraan rakyat khususnya
penduduk kawasan pentadbiran MPN.
C.
Bagaimana Pembayaran Boleh Dilakukan?
Pembayaran boleh dilakukan
menerusi beberapa cara:-
Kaunter
Kewangan MPN
Kaunter Pandu- Lalu (Drive-Through) MPN
Kaunter Luar di Tingkat Atas, Pasar Awam Taman Seremban Jaya
Semua Pejabat Pos di dalam Daerah Seremban
Semua Kaunter Bank Islam Malaysia
Secara On- Line RHB Bank (Pemegang Akaun Sahaja)
Secara On- Line Bank Islam (Pemegang Akaun Sahaja)
MBF panggil dan bayar (call and pay)
D.
Bilakah Bil- Bil Dihantar?
Bil Cukai Taksiran akan
dihantar kepada pemilik selewat- lewatnya pada minggu kedua bulan
Januari untuk 1/2 tahun pertama dan juga selewat- lewatnya minggu
kedua bulan Julai untuk 1/2 tahun kedua. Jika bil- bil tersebut
tidak diterima di dalam bulan tersebut maka pemilik bolehlah datang
sendiri di bahagian Penilaian, Majlis Perbandaran Nilai. Pemilik
yang tidak menerima bil terbaru dikehendaki membawa bil lama untuk
semakan nombor Akaun Harta dan Alamat Harta.
E.
Notis Jualan Atau Pindah Milik
Mengikut seksyen 160, Akta
Kerajaan Tempatan 1976 (171) 160, apabila sesuatu pegangan berkadar
dalam sesuatu kawasan pihak berkuasa tempatan dijual atau dipindah
milik, pembeli atau penerima perlu membuat pindah milik dalam
tempoh 3 bulan selepas jualan atau pindah milik, notis mengenainya
harus diberi kepada pihak berkuasa tempatan dalam Borang 1 yang
boleh didapati di kaunter semakan cukai taksiran di Pejabat Majlis.
Dokumen- dokumen yang diperlukan ialah salinan geran terkini /
surat perjanjian atau Borang 14A beserta resit bayaran di Pejabat
Tanah dan Galian, salinan cukai taksiran terkini dan salinan kad
pengenalan.
F.
Tempoh Pembayaran Cukai Taksiran Am
Cukai Taksiran boleh dibayar
dua kali setahun iaitu pada atau sebelum 28 Februari bagi 1/2
tahun pertama dan pada atau sebelum 31 Ogos bagi 1/2 tahun
kedua. Sekiranya pemilik ingin membayar cukai setahun mereka bolehlah
membayar sebelum 28 Februari bagi tahun berkenaan.
G.
Tindakan- Tindakan Jika Cukai Tidak Dijelaskan
Tarikh bayaran untuk mengelakkan
denda adalah 1/2 tahun pertama mulai 1hb Jan hingga 28hb Feb dan
1/2 tahun kedua mulai 1hb Julai hingga 31hb Ogos pada setiap tahun.
Pemilik akan dikenakan denda lewat bayaran mengikut seksyen 147
(1) Akta 171, 1976.
Bayaran penuh perlu dijelaskan selepas 15 hari notis tuntutan
dikeluarkan. Jika masih tidak membayar cukai, waran tahanan akan
dikeluarkan selaras dengan Akta 171, 1976 seksyen 148 (4).
H.
Bil- Bil Yang Tidak Diterima
Jika anda tidak menerima
/ lewat menerima Bil Cukai Taksiran, anda perlu membawa bil yang
terdahulu ke kaunter semakan cukai taksiran untuk mendapatkan
bil yang baru.
I.
Elaun Kekosongan
Walaupun rumah tidak berpenghuni
atau kosong, pemilik diwajibkan membayar cukai taksiran tetapi
boleh memohon elaun kekosongan. Pemilik harus mengemukakan surat
permohonan elaun kekosongan kepada Majlis.
J.
Perubahan Atas Bangunan / Hartanah
Pemilik hendaklah memberitahu
kepada Majlis sekiranya terdapat perubahan atas bagunan:-
Bangunan
dibina tambahan
Bangunan baru dibina
Bangunan runtuh
Bangunan terbakar
Bangunan di ubah ke tempat lain
Bangunan telah dijual/ dipindah milik
Kegagalan memberitahu kepada Majlis akan membebankan kepada pemilik
dari segi bayaran cukai taksiran yang dikenakan.
K.
Tidak Mampu Untuk Menjelaskan Tunggakan
Adakah saya perlu membayar
cukai sekiranya rumah yang saya duduki adalah rumah sewa yang
mempunyai tunggakan? Ya, membayar cukai adalah tanggungjawab pemilik
rumah. Sekiranya berlaku seperti di atas maka penyewa boleh membayar
cukai melalui potongan sewa untuk mengelakkan harta / rumah sewa
anda disita.
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya jumlah wang tunggakan
dalam bil adalah di luar kemampuan saya untuk membayarnya? Sekiranya
bayaran penuh tidak dapat dijelaskan, maka dalam kes- kes tertentu
bayaran boleh dilakukan secara ansuran.
L.
Cukai Taksiran Tanggungjawab Bersama
Mengapa cukai taksiran
perlu dibayar sedangkan rumah saya tidak menerima sebarang perkhidmatan
pengangkutan sampah, kemudahan laluan / jalan, penyediaan lampu
jalan, longkang, parit, dan sebagainya oleh Majlis?
Walaupun anda tidak menerima sebarang perkhidmatan dari majlis
seperti yang disebutkan di atas, namun membayar cukai tetap menjadi
tanggungjawab anda kerana kawasan anda telah diisytiharkan termasuk
dalam kawasan bercukai Majlis.
Di dalam Seksyen 146 Akta Kerajaan Tempatan telah menyatakan dengan
jelas bahawa Cukai Taksiran adalah diwajibkan kepada semua pemunya
pegangan sehingga dibayar kadar itu, hendaklah tertakluk kepada
peruntukan Kanun Tanah Negara dan jika sekiranya tidak dibayar
kadar tersebut boleh dianggap sebagai tunggakan sebagaimana di
dalam Seksyen 147 (2) Akta Kerajaan Tempatan dan Tunggakan tersebut
boleh dituntut dengan cara sebagaimana digariskan di dalam Seksyen
148 Akta Kerajaan Tempatan.