INFO TERKINI
 
 
 
Latarbelakang Sejarah
Perutusan YDP
Senarai Ahli Majlis
Kalendar 2008
Tender
Sebut Harga
Jawatan Kosong
Arkib Foto
Tempat - tempat Menarik
Pengangkutan
Pendidikan
Soalan Lazim
 
Capaian Pantas
 

Sistem Aduan NSDK

Laman Web Kerajaan
Laman Web Kerajaan
Laman Web Kerajaan
Laman ini diselenggarakan oleh
Bahagian Sistem Maklumat
Perhatian :
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Resolusi Terbaik 1024x768


 
 
WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah untuk mengisi kekosongan di Majlis Perbandaran Nilai. Keutamaan kepada rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus.
 
Bil
Jawatan
Taraf Jawatan
Jadual Gaji

1


Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
(1 kekosangan)

Tetap


P1T1 RM 1544.86 - P1T21 RM 3034.66
P2T1 RM 1615.95 - P2T21 RM3237.37
P3T1 RM 1690.06 - P3T21 RM3415.79

   

2


Penolong Pegawai Penilaian W27
(1 kekosongan)

Kontrak


P1T1 RM 1209.09 - P1T26 RM 3031.64

   

3


Pembantu Undang-Undang L29
(1 kekosongan )

Kontrak


P1T1 RM 1472.26 - P1T22 RM 3028.61

   

4


Pembantu Tadbir ( Kesetiausahaan ) N17
(1 kekosongan )

Tetap


P1T1 RM 820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM 871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM 924.75 - P3T24 RM 2397.95

   

5


Pembantu Penilaian W17
(1 kekosongan )

Kontrak

P1T1 RM 821.89 - P1T24 RM2152.86

   

6


Pembantu Penguatkuasa N17
(2 kekosongan )

Tetap

P1T1 RM 820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM 871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM 924.75 - P3T24 RM 2397.95

     

Jadual gaji di atas tidak termasuk Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Imbuhan Tetap Perumahan dan Elaun -elaun lain.

SYARAT LANTIKAN

1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29

i) Diploma dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi - institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji permulaan ialah pada Gred F29 :P1T1 ) ; atau

ii) Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi - institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji permulaan ialah pada Gred F29 :P1T2 ) ; atau

DAN Lulus Bahasa Malaysia ( termasuk lulus ujian Lisan ) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya..


2. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W27

I) Diploma dalam bidang Pengurusan Harta atau Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-instusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya.
( Gaji permulaan ialah pada Gred W27:P1T6); atau

DAN Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


3. PEMBANTU UNDANG-UNDANG GRED L29

i) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

ii) Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktirarf setaraf dengannya
( Gaji permulaan ialah pada Gred L29: P1T4 )

DAN Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan


4. PEMBANTU TADBIR ( KESETIAUSAHAAN ) GRED N17

i) Diploma Sains Kesetiausahaan dari politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
( Gaji permulaan adalah pada Gred N17: P1T9 ) dan

DAN Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


5. PEMBANTU PENILAIAN W17

i) Sijil Pelajaran Malysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut..

DAN Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


6. PEMBANTU PENGUATKUASA GRED N17

i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

ii) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
a) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
b) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan46kg bagi wanita;
c) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas ( lelaki sahaja );
d) lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
e) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;

DAN Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


CARA MEMOHON

1. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Permohonan Jawatan ( MPN. 1/01 ) yang boleh didapati daripada Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia Majlis Perbandaran Nilai berharga RM 1.00 atau mengirimkan sampul surat berukuran 22 cm x 35 cm bersetem 60 sen yang beralamat sendiri berserta wang kiriman pos.

Borang yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dikirimkan ke alamat berikut :-


YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN NILAI
PETI SURAT 52
71800 NILAI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 24 NOVEMBER 2008


2) Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah mengemukakan borang permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan masing-masing dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang kemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi Terkini.

3) Iklan juga boleh didapati melalui laman web www.mpn.gov.my

4) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik, transkrip keputusan peperiksaan semua semester;

5) Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas tidak akan dipertimbangkan;

6) Hanya calon yang layak selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ujian fizikal atau temuduga;

7) Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Nilai.

 

 
©2002-2008 Majlis Perbandaran Nilai. Semua Hakcipta Terpelihara