INFO TERKINI
 
 
 
Latarbelakang Sejarah
Perutusan YDP
Senarai Ahli Majlis
Kalendar 2008
Tender
Sebut Harga
Jawatan Kosong
Arkib Foto
Tempat - tempat Menarik
Pengangkutan
Pendidikan
Soalan Lazim
 
Capaian Pantas
 

Sistem Aduan NSDK

Laman Web Kerajaan
Laman Web Kerajaan
Laman Web Kerajaan
Laman ini diselenggarakan oleh
Bahagian Sistem Maklumat
Perhatian :
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Resolusi Terbaik 1024x768



KAMPUNG PELEGONG HOMESTAY, LABU

Antara homestay yang terkenal di Negeri Sembilan. Terdapat pelbagai industri desa seperti ternakan ikan air tawar, membuat roti, dan kraftangan. Aktiviti untuk pelajar seperti 'jungle tracking', kembara malam, Pelegong Explorerace dan perkhemahan. Pengunjung juga akan diberi peluang mencuba permainan tradisional seperti galah panjang, congkak, batu seremban dan gasing. Pengunjung juga boleh merasai pengalaman menoreh getah, memancing, mandi di sungai dan
membakar kuih tradisional Melayu seperti kuih bahulu.

Lokasi
Kampung Pelegong Homestay amat mudah untuk dikunjungi melalui Jalan Seremban-Labu. Jika pengunjung datang dari Seremban hanya 15 km sahaja manakala dari Nilai 15 km, dari KLIA 30 km, dari Kuala Lumpur 55 km dan dari Stesen
Komuter Tiroi hanya 2 km.


Maklumat Lanjut :-
En. Badrul Hisham
Tel : 06-791 1044 H/p : 012-611 6476 atau
Pn. Hjh. Fatimah binti Basiron
Tel : H/p: 013-395 4189
 




Unit Pelancongan Negeri Sembilan,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri,
Tingkat 4, Blok D, Wisma Negeri,
70503 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-765 9870
Fax : 06-762 8540

 


Maklumat Lanjut :-
Jabatan Hutan Negeri Sembilan.
Tingkat 4, Blok C,
Wisma Negeri,
70646 Seremban.

Tel : 06- 765 9849

HUTAN LIPUR GALLA, MANTIN

Hutan Lipur Galla, Mantin terletak di Hutan Simpan Galla yang terdiri daripada jenis hutan khatulistiwa. Di mana ia mempunyai pelbagai jenis pokok eksotik yang mampu menjanjikan suasana aman serta damai. Hutan asli yang diperkayakan lagi dengan pelbagai hidupan flora dan fauna mewujudkan satu suasana yang tenang dan segar. Pada masa kini Hutan Lipur Galla ini diselenggara dan dijaga oleh Jabatan Hutan Negeri Sembilan.

Kemudahan
Hutan lipur ini juga menyediakan prasarana untuk kemudahan pengunjung seperti taman permainan kanak-kanak, pondok rehat, tandas awam dan tapak perkhemahan serta tempat letak kereta. Segala kemudahan yang disediakan adalah bertujuan untuk memberikan keselesaan dan kemudahan kepada pengunjung terutama kepada pengguna-penggguna jalanraya dari Seremban-Mantin ke Kuala Lumpur untuk beristirehat.

Lokasi

Lokasi Hutan Lipur Galla adalah strategik yang mana ia terletak di tepi jalan Seremban ke Mantin. Jarak dari Pekan Mantin hanya 3 km iaitu 10 minit perjalanan manakala 12 km dari Bandar Seremban iaitu 15 minit perjalanan menjadikan Hutan Lipur Galla merupakan satu lokasi yang mudah dikunjungi. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas dan teksi dari Mantin atau Seremban.

   
 
©2002-2008 Majlis Perbandaran Nilai. Semua Hakcipta Terpelihara