MENU

Laman Utama

 

Menu Utama

Kelender

  • Menu INFO NILAI menyediakan informasi berguna tentang Nilai kepada pengguna portal. Antara maklumat yang terdapat dalam menu ini adalah seperti maklumat Pengangkutan, Kemudahan, Latar Belakang Nilai dan lain-lain lagi.

  • Menu SUMBER MPN adalah capaian di mana pengguna dapat merujuk kepada pelbagai maklumat seperti Pekeliling dan Panduan, Perundangan dan E-Komuniti.

  • Semua maklumat penting tentang MP Nilai dan pengurusannya dikelaskan di dalam menu MP NILAI.

 

Kalendar

Kelender

  • Kalendar memberi petunjuk kepada pengguna mengenai peristiwa yang berlaku pada tarikh-tarikh yang tertentu.

  • Ia juga mewakili submenu Peristiwa yang terdapat di dalam menu Berita &Peristiwa.

  • Pengguna dapat mengetahui jika adanya sesuatu aktiviti / program melalui tarikh-tarikh yang telah dihitamkan.

  • Klik pada tarikh tertentu akan memaparkan aktiviti / program untuk hari tersebut.

 

Carian

Carian

  • CARIAN terletak di bahagian kanan portal, ia membolehkan pengguna mencari maklumat yang dikehendaki.

  • Fungsi carian memberi tumpuan kepada maklumat di dalam Berita & Peristiwa, Info Nilai, Sumber MPN (boleh di dapati pada bahagian atas setiap muka surat).

 

Web Mobile

Tatacara Penggunaan Mobile Web

 

Cara melayari laman web menggunakan telefon bimbit anda.

1. Pastikan telefon bimbit anda telah di set untuk sambungan 3G. (Hubungi penyedia perkhidmatan anda sekiranya anda tidak pasti).  

2. Sebagai alternatif, jika telefon bimbit atau PDA anda mempunyai sambungan WiFi, aktifkan WiFi anda dan cari sambungan WiFi pilihan anda. (Sila ingat bahawa kebanyakan perkhidmatan WiFi memerlukan langganan).
 
3. Pilih pelayar ('browser') yang terdapat dalam telefon anda (contohnya. Internet Explorer , Opera , Safari , Web Mobile dan lain - lain.)
 
4. Layari laman web menggunakan 'browser' dengan menaip 'http://www.mpn.gov.my/web/mobile/home' dan klik OK/Enter/Submit.
Paparan di bawah akan muncul di skrin telefon anda (bergantung pada jenama dan model telefon).

 

aunty aini

Rajah 1 – Contoh paparan smart phone biasa

5. Laman mobile akan dipaparkan di skrin telefon bimbit anda. Klik pada pautan untuk membaca kandungan atau sambung melayar.
 


 

Rajah 2 – Contoh paparan smart phone biasa

 

6. Untuk kembali ke laman utama, klik pada Laman Utama atau pautan Home yang ditunjuk di atas.

Rajah 3

 

 

Tatacara Penggunaan Forum

  1. Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.

  2. Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan ahli forum yang lain.

  3. Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.

  4. Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.

  5. Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.

  6. Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan 'COPYRIGHT LAW', 'TRADEMARK', 'PATENT' dan lain-lain.

  7. DILARANG menggunakan FORUM ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mail sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya

  8. Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus "Trojan Horses", "worms", "time bombs", "cancel boots" atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.

  9. Pihak pengurusan FORUM di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam forum ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam FORUM ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.

  10. Pihak pengurusan FORUM berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.

  11. Pihak pengurusan FORUM berhak meminda Garis Panduan Berforum ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.

  12. Sebagai ahli Komuniti Forum atau mengeluarkan kenyataan dalam FORUM ini, anda termaktub
    dengan terma dan syarat Garis Panduan Berforum.

 

Panduan Pengguna Forum

1. DAFTAR

Forum
 

  • Anda kini berada di laman pendaftaran. Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah mendaftar di forum ini.

  • Kebanyakan forum memerlukan perkara-perkara berikut daripada anda iaitu:

o Nama anda

o Alamat emel anda

o Nama Skrin anda

  • Setelah selesai memasukkan maklumat yang diperlukan (Isikan semua ruangan), klik SIMPAN untuk menyimpan data di pangkalan data.

2. DAFTAR MASUK

  • Selepas anda klik SIMPAN, anda akan berada di laman ini dan kata laluan anda akan dihantar ke emel anda. Ia menandakan bahawa anda telahpun mendaftar dan kata laluan akan diberikan kepada anda.

  • Isikan kata laluan yang diberi ke dalam kotak KATALALUAN dan klik MASUK.

3. TERMA DAN SYARAT

  • Klik 'I Agree' untuk memasuki forum.

  • Setelah anda bersetuju dengan terma penggunaan, laman ini akan terpapar di skrin anda.

  • Anda perlu klik pada laman Forum ataupun sekiranya Forum tiada di menu, anda boleh klik pada e-Komuniti dan seterusnya pada Forum.

4. LAMAN

 

Forum

  • Forum ini hanya membenarkan pengguna yang berdaftar untuk membalas mesej daripada Webmaster dan Administrator.

  • Pengguna berdaftar boleh membuat komen dengan mengklik pada topik di bawah Kategori.

  • Pengguna berdaftar tidak boleh membuat topik baru, tetapi hanya boleh membalas atau memberi komen.

  • Anda hanya perlu klik pada topik di bawah kategori berkenaan untuk memberi komen atau membuat aduan.

  • Anda boleh mentaipkan komen ada ke dalam kotak membalas dan klik Simpan setelah anda selesai.

  • Komen anda akan disimpan. Komen atau balasan anda akan terpapar. Terima kasih atas komen anda

Kemaskini Terakhir: Selasa, 12 Disember 2017 - 4:20pm