MENU

OBJEKTIF

 

  • Bagi memastikan objektif MPN dapat dikecapi, Jabatan Kejuruteraan akan memberikan perkhidmatan yang cekap dan sistematik meliputi kemudahan infrastruktur dan lampu jalan untuk keselesaan orang ramai selaras dengan keperluan dan pembangunan yang ditetapkan di kawasan MPN.

FUNGSI

Untuk mencapai objektif Jabatan Kejuruteraan, jabatan ini telah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Bahagian Infrastruktur dan Bahagian Kejuruteraan dengan :-

Bahagian Infrastruktur :

 

 

  • Bertanggungjawab bagi memproses permohonan pelan kelulusan tanah, jalan dan perparitan (infrastruktur) dan lampu jalan.
  • Membuat pemantauan di tapak berhubung dengan pelan yang telah diluluskan.
  • Menyelesaikan masalah aduan awam berhubung dengan pembangunan yang telah diluluskan.
  • Membuat lawatan dan membuat perakuan berhubung infrastruktur sokongan CFO.

Bahagian Kejuruteraan:

 

 

  • Menyelesaikan masalah aduan awam berhubung dengan infrastruktur seperti jalan, longkang dan lampu jalan yang rosak serta tanah runtuh.
  • Merancang, membina dan menyelenggara serta mengawasi projek-projek pembangunan Majlis.
  • Mengendalikan permohonan/pertanyaan daripada kerajaan dan swasta berhubung penamaan / pengalihan infrastruktur yang lain.

 

 

Kemaskini Terakhir: Selasa, 12 Disember 2017 - 4:20pm