MENU

OBJEKTIF

  • Menyediakan pengurusan hasil dan perbelanjaan yang cekap dan berkesan selaras dengan Arahan Perbendaharaan serta peraturan yang ditetapkan untuk mencapai kepuasan pelanggan.

FUNGSI JABATAN

Bahagian Hasil

  1. Menerima semua jenis wang awam dan mengeluarkan resit-resit rasmi Kerajaan. Hasil–hasil Majlis adalah seperti cukai taksiran, bayaran lesen dan permit, perkhidmatan pelan dan sebagainya.
     
  2. Mengurus dan menerima bayaran secara berkomputer dan sistem pembayaran elektronik (e-payment) melalui agensi-agensi kutipan yang dilantik.
     
  3. Mengurus pengebilan cukai taksiran.
     
  4. Pengurusan dan penyelarasan dengan agensi-agensi yang dilantik dalam perlaksanaan e-payment termasuk caj perkhidmatan, komisen, sewaan dan caj talian.
     
  5. Menyelenggara dan mengemaskini data kutipan luar dan kutipan agensi serta resit-resit pembayaran.
     
  6. Menyelaras cukai taksiran (pembatalan, kenaikan dan penurunan nilai, dan lain-lain) di antara Jabatan Perbendaharaan dan Jabatan Penilaian.
     
  7. Menyelenggara dan merekod cek tak laku yang diterima dari bank.
     

 

Bahagian Kewangan

 

  1. Mengurus Panjar Wang Runcit.
     
  2. Mengurus pembayaran gaji, elaun, upah, KWSP dan lain-lain potongan gaji kakitangan.
     
  3. Menyediakan sijil gaji akhir kakitangan dan menguruskan penyediaan penyata gaji bagi setiap bulan.
     
  4. Menguruskan kenyataan tuntutan perjalanan dan tuntutan elaun lebih masa.
     
  5. Menguruskan pembayaran semua jenis bekalan, perkhidmatan, penyelenggaraan dan lain-lain.
     
  6. Mengurus dan mengemaskini buku vot.
     
  7. Menyelenggara daftar bil, daftar deposit termasuk rekod pembatalan cek.
     

Bahagian Akaun & Belanjawan

  1. Mengawal perbelanjaan mengurus dan pembangunan mengikut anggaran yang diluluskan.
     
  2. Menyedia dan mengemaskini akaun dan laporan bulanan serta tahunan Majlis.
     
  3. Menyediakan laporan / maklumat kewangan untuk Jabatan Audit dan lain – lain jabatan yang berkaitan.
     
Kemaskini Terakhir: Selasa, 12 Disember 2017 - 4:20pm