MENU

Terima kasih saya ucapkan kepada pengunjung laman web Majlis Perbandaran Nilai sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang diberi kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) MPN memberi perkhidmatan perbandaran kepada penduduk dalam kawasan operasi majlis yang meliputi perkhidmatan kebersihan dan juga menyediakan kemudahan awam. Majlis adalah sebuah agensi kerajaan yang terhampir dengan masyarakat bagi mendapatkan perkhidmatan, nasihat dan menyelesaikan masalah untuk kesejahteraan hidup masyarakat yang tinggal di dalamnya.

Laman majlis ini mengandungi visi, misi dan objektif yang perlu dicapai oleh Majlis bagi memastikan perkhidmatan yang diberi mencapai tahap yang cemerlang. Profil unit-unit yang ada di dalam Majlis turut dinyatakan bagi masyarakat mengenali dengan lebih dekat lagi peranan/fungsi unit-unit yang terbabit.

Sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap keselesaan dan kesejahteraan masyarakat majlis sentiasa berusaha untuk memberikan maklumat yang tepat dan menyediakan perkhidmatan yang berkesan dan menepati keperluan pelanggannya yang terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat. Melalui internet urusan dengan MPN dapat dilakukan dengan lebih teratur dan pantas sejajar dengan perkembangan dalam teknologi maklumat dan komunikasi melalui laman ini juga MPN berharap masyarakat dapat memberikan idea, pandangan atau cadangan yang bernas bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh majlis untuk pembangunan dan kesejahteraan masyarakat keseluruhannya.

Saya menaruh harapan melalui penggunaan laman ini, Majlis Perbandaran Nilai dapat menyumbang ke arah mewujudkan masyakarat yang berilmu di dalam teknologi maklumat dan seiring dengan perkembangan kehidupan di dalam alaf baru ini.

Sekian,

Dato' Hj. Abd. Halim b. Hj. Abd.Latif
(DPTJ, ANS, PMC, PJK)
Yang DiPertua Majlis Perbandaran Nilai

Kemaskini Terakhir: Selasa, 19 September 2017 - 6:29pm