Hari Tanpa Kenderaan & Kempen Bebas Polisterin peringkat Majlis Perbandaran Nilai akan berjalan pada setiap Ahad minggu pertama setiap bulan dengan menutup Jalan BBN 1/3 untuk aktiviti riadah seperti berbasikal, berjalan kaki, bermain kasut roda dan sebagainya bermula seawal 7.00 pagi hingga 9.00 pagi. Majlis perasmian Hari Tanpa Kenderaan & Kempen Bebas Polisterin telah disempurnakan oleh YB Tuan Arul Kumar A/L Jambunathan, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam EXCO merangkap ADUN Nilai yang berlangsung pada 27 Januari 2019 (Ahad) bertempat di Dataran Nilai.