MENU

Majlis Perbandaran Nilai memandang serius pembangunan 'resort - resort' di kawasan berisiko seperti lereng dan puncak bukit. Pentadbiran Majlis tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang aktiviti yang dijalankan, keperluan teknikal, kemudahan dan keselamatan, kebersihan, pengurusan sisa, iklan dan promosi termasuk kemalangan yang terjadi di kawasan peranginan ‘Pantai Hills’seperti 'The Dusun, The Shorea, Awanmulan' dan beberapa 'resort' yang lain. Pembangunan 'resort - resort' ini tidak pernah mendapat kelulusan dan mematuhi peraturan - peraturan yang ditetapkan oleh Pentadbiran Majlis. Pembangunan ini juga tidak mempunyai sebarang kelulusan Sijil Perakuan Siap Dan Pematuhan (CCC) daripada Pentadbiran Majlis Pebandaran Nilai.

Oleh yang demikian, adalah ditegaskan bahawa pembangunan 'resort' di kawasan ‘Pantai Hills’ tidak mendapat kebenaran dan kelulusan daripada Pentadbiran Majlis. Sehubungan dengan itu, Majlis Perbandaran Nilai tidak akan bertanggungjawab ke atas semua risiko keselamatan pemilik dan pengunjung premis berkenaan. Sekiranya terjadi kemalangan ianya adalah di bawah tanggungjawab pihak yang berkenaan dan tidak sesekali melibatkan Pentadbiran Majlis.

Validity Date: 
Khamis, 23 Mei 2019 to Jumaat, 29 November 2019
Kemaskini Terakhir: Khamis, 15 Ogos 2019 - 10:37am