MENU

PERTANDINGAN MEMANCING CABARAN KING KELI VS KING PACU

Majlis Perbandaran Nilai telah mengadakan pertandingan memancing King Keli VS King Pacu pada 24 Ogos 2019, Sabtu mulai jam 8.30 pagi di Tasik Ujana, Nilai impian

Pertandingan memancing ini diadakan dengan kerjasama Sime Darby Property Berhad dan disertai hampir seramai 1,000 orang peserta. Peserta bukan sahaja dari Negeri Sembilan tetapi juga dari Pahang, Johor, Kedah, Sabah, Selangor dan Melaka

Majlis penyampaian hadiah telah dijalankan pada jam 1.00 petang yang disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato' Haji Zazali bin Salehudin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Nilai. Turut hadir Tuan Haji Nazri bin A. Ghani, Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan, Majlis Perbandaran Nilai merangkap Pengerusi Kelab Kebajikan Dan Rekreasi Majlis Perbandaran Nilai (KEBADAR) dan En. Loong Heng Han, Ketua Perbandaran Nilai Impian 1 & 2, Syarikat Sime Darby Property

Tempat pertama kategori King Keli dan juara keseluruhan dimenangi oleh En. Mazuan bin Mohamad dari Nilai dengan jumlah hadiah wang tunai RM 40,000.00 dan tiada pemenang bagi kategori King Pacu

Manakala hadiah utama cabutan bonanza berupa Motosikal Yamaha Y15 dimenangi oleh En. Mohd Zamri bin Ibrahim dari Taman Semarak, Nilai.

     

Validity Date: 
Khamis, 29 Ogos 2019 to Isnin, 30 September 2019
Kemaskini Terakhir: Selasa, 19 November 2019 - 5:51pm