MENU

PROGRAM 'LAY KAUNSELOR'

Majlis Perbandaran Nilai dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Sembilan telah mengadakan Program 'Lay Kaunselor' pada 27 Ogos 2019, Selasa mulai jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang di Dewan Perbandaran Nilai, Putra Nilai

Objektif program ini adalah seperti berikut:-

1. Memberikan sokongan psikososial dengan bentuk kaedah pemantauan, pertolongan yang betul bagi membina komuniti yang sejahtera

2. Meningkatkan keupayaan individu sebagai sumber rujukan dan panduan dalam memberikan bimbingan kepada masyarakat

3. Memperkasakan peranan 'lay kaunselor' dengan kaunseling dan psikologi yang betul dalam membimbing masyarakat

Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh Puan Ruzanna binti Sager Ahmad,
Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Sembilan. Seramai 160 orang peserta telah hadir menyertai program ini dan sebanyak 8 tajuk ceramah telah disampaikan sepanjang program ini berlangsung termasuk 1 slot daripada KWSP.

Validity Date: 
Khamis, 29 Ogos 2019 to Isnin, 30 September 2019
Kemaskini Terakhir: Selasa, 15 Oktober 2019 - 4:10pm