MENU
TAJUK LAGU LIRIK LAGU
NEGARAKU

* Lirik Lagu Negaraku

 

Negaraku
Tanah Tumpahnya Darahku,
Rakyat Hidup
Bersatu dan Maju,

Rahmat Bahagia
Tuhan Kurniakan,
Raja Kita
Selamat Bertakhta,

Rahmat Bahagia
Tuhan Kurniakan.
Raja Kita
Selamat Bertakhta

KEBESARAN NEGERI SEMBILAN

* Lirik Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

 

Berkatlah Yang di-Pertuan Besar di Negeri Sembilan
Kurniai Sihat Dan Makmur
Kasihi Rakyat Lanjutkan Umur
Akan Berkati Sekalian Yang Setia
Musuhnya Habis Binasa
Berkatlah Yang di-pertuan Besar Di Negeri Sembilan

MAJLIS PERBANDARAN NILAI

* Lirik Lagu Rasmi Majlis Perbandaran Nilai

 

Maju Seiring Jalan
Tarafnya Ditinggikan
Sains Teknologi Amalkan
Cyber IT Jayakan

Yakin Semua Pelabur
Juga Para Pelancong
Kau Menjadi Pusat Industri
Bangunkan Ekonomi

Rakyat Semua Bergembira
Dilayan Sama Rata
Menikmati Semua Hasilnya
Hidup Aman Selesa

Pentadbir Berwawasan
Mutu Kerja Kekalkan
Rancangan Sempurna Tercapai
Maju Majlis Perbandaran Nilai

Kemaskini Terakhir: Selasa, 12 Disember 2017 - 4:20pm