MENU

VISI

  • Kehidupan yang berkualiti, harmoni dan selesa bagi kawasan pemajuan berstrata.

 

MISI

  • Semua kawasan pemajuan berstrata mempunyai badan pengurusan yang dapat menjalankan pengurusan dan penyelenggaraan bangunan dan harta ebrsama dengan baik.

 

OBJEKTIF

  • Memastikan Penyelenggaraan Harta Bersama dilaksanakan secara teratur dan tersusun berdasarkan Undang – Undang dan Peraturan yang ditetapkan bagi mewujudkan suasana yang bersih dan harmoni dalam kehidupan perkongsian harta bersama bagi pembangunan bertingkat.

 

FUNGSI

  • Mewujudkan, menyenggara dan mengemaskini maklumat pemajuan berstrata.
  • Memproses pemfailan jadual petak oleh Pemaju.
  • Menguruskan pemfailan unit syer bagi pemajuan yang belum ditetapkan unit syer.
  • Memantau mesyuarat agung tahunan pertama, mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung luar biasa.
  • Memproses permohonan sijil.
  • Memantau dan menyemak pemilihan Jawatankuasa JMB / MC / sub MC.
  • Memantau dan menyemak penyerahan pemaju kepada JMB / MC.
  • Menjalankan proses perlantikan dan pemantauan ejen pengurusan di bawah seksyen S.86 Akta 757.
  • Menjalankan tindakan dan penguatkuasaan di bawah Akta 757.
  • Menjalankan penyiasatan dan pendakwaan bagi kesalahan di bawah Akta 757.
  • Memantau dan menguruskan deposit untuk membaiki kecactan untuk kegunaan Pesuruhjaya Bagunan bagi skim pemajuan berstrata yang memohon pemilikan kosong.
  • Memantau pengurusan akaun penyenggaraan dan akaun kumpulan wang penjelas.
  • Pengurusan dan Pemantauan kes aduan berkaitan pengurusan / pentadbiran Pemaju / JMB / MC / sub MC, kewangan dan kebocoran antara tingkat dan kerosakan pada dinding dua pihak.
  • Memantau Pengurusan Penyenggaraan harta bersama yang dijalankan oleh JMB, MC / sub MC.