MENU

VISI

  • Untuk menjadikan Unit OSC sebagai platform yang efisen dan komprehensif bagi pelaksanaan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dalam memudahcara proses dan prosedur pertimbangan kelulusan pelan pembangunan tanah di kawasan pentadbiran Majlis Pebandaran Nilai.

MISI

  • Untuk memendekkan norma masa memproses permohonan-permohonan kelulusan pelan- pelan pembangunan sekaligus meningkatkan mutu sistem penyampaian, prosedur dan proses pertimbangan cadangan- cadangan pembangunan yang dimajukan di Majlis Perbandaran Nilai

 

OBJEKTIF

 -

FUNGSI & PERANAN

  • Menyelaras, menyemak dan memproses permohonan pelanggan selaku PSP untuk pelan pembangunan yang merangkumi pelan kebenaran merancang, pelan menamakan taman, jalan dan menomborkan rumah / bangunan, pelan kerja tanah, pelan infrastruktur, pelan bangunan dan pelan landskap dan memproses permohonan Sijil Perakuan Siap & Pematuhan (CCC) seperti senarai di bawah :
    • Senarai Semak Kebenaran Merancang - MPN 10/B/KP-01-01
    • Senarai Semak Pelan Kerja Tanah - MPN /B/KP-01-02
    • Senarai Semak Pelan Jalan & Perparitan – MPN/B/KP-01-02
    • Senarai Semak Pelan Bangunan – MPN/B/KP-01-03
    • Senarai Semak Pelan Landskap – MPN/B/KP-01-04
    • Senarai Semak Pelan Lampu Jalan Awam – MPN/B/KP-01-06
    • Senarai Semak Sijil Perakuan Siap & Pematuhan
       
  • Unit OSC juga berperanan sebagai urusetia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pusat  Setempat (OSC) yang bersidang 2 kali dalam sebulan. Permohonan yang di terima dalam tempoh 14 hari akan diproses untuk dibentangkan di dalam mesyuarat tersebut.
     
  • Bagi permohonan tambahan pelan bangunan yang melibatkan keluasan pelan melebihi 300 meter persegi @ 3,000 kaki persegi perlu mengemukakan pelan kebenaran merancang, pelan infrastruktur dan pelan landskap.
     
  • Menyediakan pelaporan secara bulanan kepada kementerian melalui portal OSC.
     
  • Unit OSC, MPN dalam usaha mempertingkatkan sistem penyerahan pelan pembangunan melalui sistem osc online yang boleh di layari di dalam web osconline.mpn.gov.my
Kemaskini Terakhir: Khamis, 20 September 2018 - 5:24pm