MENU

NILAI SQUARE

Kawasan perniagaan yang mengkhusus kepada pakaian dan fabrik dengan harga yang rendah dan murah. Juga menawarkan barangan seperti perhiasan rumah, kasut, beg dan perabut. Berada tidak jauh dari Nilai 3. Lebih bersifat pusat membeli belah yang berbentuk blok kedai dua tingkatdengan 165 unit kedai serta mempunyai laluan pejalan kaki berbumbung yang selesa.

 

Kemudahan
Kemudahan yang disediakan adalah seperti medan selera dan tempat letak kereta. Ia juga berhampiran dengan Masjid Bandar Baru Nilai.

Lokasi
Terletak di Bandar Baru Nilai. Boleh dikunjungi melalui Lebuhraya Utara-Selatan ambil susur keluar ke Nilai/Pajam/KLIA. Jarak dari Kuala Lumpur ialah 45 km dan dari KLIA 20 km. Pengangkutan awam pula dari KLIA : Teksi Airport - RM 38.00, Bas Airport Coach - RM 2.50. Jika datang dari Pekan Nilai Teksi : RM 10.00 dan KTM Komuter dari KL Sentral - Nilai : RM 4.70 dan dari Seremban - Nilai : RM 2.30.

Maklumat Lanjut :-
BBN Development Sdn Bhd
Wisma BBN, PT 7454,
Jalan BBN 1/1A, Putra Point, Putra Nilai
71800 Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus,
Tel : 06-850 1888
Fax : 06-850 2492

nilai square
Kemaskini Terakhir: Selasa, 12 Disember 2017 - 4:20pm