MENU

Bukit Broga terletak di Semenyih, Selangor. Walaupun ia terletak di Selangor, Bukit Broga hampir dengan Negeri Sembilan iaitu Pekan Broga. Oleh yang demikian nama Bukit Broga diambil sempena nama Pekan Broga yang mana terletakhanya 2 km berbanding dengan Pekan Semenyih iaitu 8 km.Bukit Broga amat popular sebagai destinasi bagi mereka yang minat sukan mendaki kerana ketinggianya dikira sederhana iaitu 400 meter dari paras laut. 

Lokasi         : Bukit Broga terletak Semenyih. Bagi mereka yang datang dari Seremban boleh melalui Pekan Lenggeng - Pekan Ulu Beranang - Pekan Broga dan ke Bukit Broga atau melalui Pekan Pantai -  Pekan Lenggeng - Pekan Ulu Beranang - Pekan Broga. Perjalanan dari Seremban dan Nilai ke Bukit Broga mengambil masa hampir 50 minit.
Alamat : Majlis Perbandaran Kajang (MPKj),Menara MPKj,Jalan Cempaka Putih,Off Jalan Semenyih,43000 Kajang,Selangor Darul Ehsan.

No Telefon    

: 03-87377899
Facebook : Bukit Broga Hill     
Laman Web   : www.mpkj.gov.my

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 21 September 2018 - 5:07pm