MENU

Bukit Melati (Melati Hills)

Bukit Melati atau Melati Hills yang beralamat Di Jalan BBN 11/4, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan. Bukit Melati terletak dalam kawasan  Desa Melati, Nilai. Lokasi permulaan trail adalah pada Jalan BBN 11/4. Betul- betul bersebelahan dengan Tokong Na Du Gong. Lokasi ini menjadi tumpuan bukan saja bagi para pendaki malah turut menarik minat mereka yang mengidap pelbagai jenis penyakit yang menjadikan Bukit Melati ini sebagai tempat untuk melakukan riadah dan terapi bagi penyakit mereka. Pengasasnya adalah Dr Johari Aziz yang merupakan seorang pakar saraf yang menjadikan Bukit melati umpama hospital alam semulajadi. Tempat ini menjadi lokasi riadah  dan terapi bagi bagi pesakit-pesakit angin ahmar, kencing manis, kanser, serangan jantung, parkinson dan gout. Bukit Melati mempinyai 6 laluan berbeza mengikut keperluan tubuh pesakit. Pengunjung juga boleh menggunakan aplikasi waze untuk sampi ke Bukit Melati ini.

 

 

Kemaskini Terakhir: Selasa, 20 Februari 2018 - 4:48pm