MENU

Antara homestay yang terkenal di Negeri Sembilan. Terdapat pelbagai industri desa seperti ternakan ikan air tawar, membuat roti, dan kraftangan. Aktiviti untuk pelajar seperti 'jungle tracking', kembara malam, Pelegong Explorerace dan perkhemahan. Pengunjung juga akan diberi peluang mencuba permainan tradisional seperti galah panjang, congkak, batu seremban dan gasing. Pengunjung juga boleh merasai pengalaman menoreh getah, memancing, mandi di sungai dan membakar kuih tradisional Melayu seperti kuih bahulu.

Lokasi

:

Homestay Kampung Pelegong  amat mudah untuk dikunjungi melalui Jalan Seremban-Labu. Jika pengunjung datang dari Seremban hanya 15 km sahaja manakala dari Nilai 15 km, dari KLIA 30 km, dari Kuala Lumpur 55 km dan dari Stesen Komuter Tiroi hanya 2 km.
Alamat

:

No.1, Anjung Bestari, Kg. Pelegong, Bt. 8, Jalan Labu,71900 Labu,Negeri Sembilan
No Telefon

:

012-3160416
Facebook

:

Homestay_PelegongN9
Email  

:

Fazli_hassan80@yahoo.com

 

Kemaskini Terakhir: Isnin, 17 Disember 2018 - 10:58am