HOMESTAY KAMPUNG PELEGONG
Antara homestay yang terkenal di Negeri Sembilan. Terdapat pelbagai industri desa seperti ternakan ikan air tawar, membuat roti, dan kraftangan. Aktiviti untuk pelajar seperti 'jungle tracking', kembara malam, Pelegong Explorerace dan perkhemahan. Pengunjung juga akan diberi peluang mencuba permainan tradisional seperti galah panjang, congkak, batu seremban dan gasing. Pengunjung juga boleh merasai pengalaman menoreh getah, memancing, mandi di sungai dan membakar kuih tradisional Melayu seperti kuih bahulu. Lokasi Maklumat Lanjut :- Unit Pelancongan Negeri Sembilan, |
|