MENU

KELAB KEMAYAN 1388

Kelab Kemayan 1388 adalah kelab golf bertaraf sederhana. Kelab golf 9 lubang ini sesuai bagi mereka yang baru belajar bermain golf. Bayaran yang dikenakan juga berpatutan iaitu pada hari biasa RM 44.00 dan pada hari Sabtu dan Ahad RM 54.00.

kemayan1388

Kemudahan
Antara kemudahan yang disediakan di Kelab Kemayan 1388 seperti rumah kelab, restoran, ‘driving range', kolam renang, gelanggang badminton, squash, tenis dan ping pong.

Lokasi
Kelab Kemayan 1388 terletak didalam kawasan perumahan mewah iaitu Rasah Kemayan Country Township. Ia boleh dikunjungi melalui Lebuhraya Utara – Selatan ambil susur keluar ke Seremban/Labu dan terus menghala ke Seremban 2.

Jika datang dari Seremban mengambil 10 minit perjalanan.

Maklumat Lanjut :-
Kelab Kemayan 1388,
Rasah Kemayan Country Township,
Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel: 06-6011388

Kemaskini Terakhir: Selasa, 12 Disember 2017 - 4:20pm