MENU

Institut Aminuddin Baki (IAB) di Bandar Esntek mula dibuka pada Februari 2014 yang mana ianya dijadikan sebagai Kampus Induk IAB manakala IAB Genting Highlands dijadikan sebagai kampus cawangan. IAB Enstek berada di dalam kawasan seluas 77 ekar iaitu sebahagian daripada Kompleks Pendidikan Nilai. IAB berperanan sebagai institusi latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan yang meliputi Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah. IAB terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Khidmat Profesional yang merangkumi Pusat Pembangunan Dasar & Inovasi Pendidikan, Pusat Pengurusan Teknologi, Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan dan Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan. Manakala bagi Khidmat Latihan pula merangkumi Pusat Pembangunan Pengurusan Pendidikan, Pusat Konsultansi & Pembangunan Organisasi Pendidikan, Pusat Penyelidikan, Penilaian & Teknologi Maklumat Komunikasi dan Pusat Kepimpinan Komunikasi & Pengurusan Pejabat.

Lokasi

:

Institut Aminuddin Baki (IAB) terletak di Bandar Enstek
Alamat

:

Institut Aminuddin Baki, Kompleks Pendidikan Nilai, 71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan Darul Khusus.

No telefon 

:

06-7979 200
Facebook  

:

 

Laman web 

:

www.iab.moe.edu.my