MENU

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPGKPT) di Bandar Enstek memulakan pembelajaran pada 3 Januari 2013 setelah berpindah dari kampus lama yang terletak di Damansara, Kuala Lumpur yang sebelum ini dikenali sebagai Maktab Perguruan Teknik (MPT). Antara program yang dijalankan di IPGKPT seperti Program Pendidikan Guru Mod Sepenuh Masa, Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah, Program Diploma Perguruan Malaysia dan  Program Pensiswazahan Guru. Turut dijalankan beberapa bengkel dan program untuk para guru dan pensyarah seperti Bengkel Kefahaman Melalui Rekabentuk (KmR), Professional Learning Community (PLC) dan Bengkel Induksi Kurikulum.

Lokasi

:

Berdekatan Kuarters KLIA / Bandar Enstek. Jika menggunakan Lebuhraya KL - Seremban
Alamat

:

Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Teknik, 71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan Darul Khusus.
No telefon

:

06-7979 600
Facebook 

:

   -

Laman web

:

www.ipgkpt.edu.my

 

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 21 September 2018 - 5:07pm