MENU

Kawasan rekreasi ini terletak di Kg. Sungai Mahang, Nilai.  Jarak dari simpang Kg. Sungai Mahang ke lokasi tersebut kira-kira 3 km. Ketinggian kawasan air terjun ini adalah 610 kaki dari aras laut. Perjalanan ke lokasi ini  melalui kawasan perkampungan orang melayu, kebun getah dan ladang kelapa sawit.Destinasi santai bersama keluarga di kawasan air terjun berhampiran ladang sawit.  Walaupun lokasi air terjun ini jauh di pendalaman, tetapi ianya sentiasa menerima kunjungan orang ramai pada hujung minggu dan cuti umum.Banyak aktiviti dapat dilakukan oleh pengunjung apabila berada di lokasi ini.  Bukan hanya merehatkan minda atau mandi, tetapi aktiviti perkhemahan juga dilakukan di sini. Suasana persekitaran yang tenang dengan deruman air terjun dan bunyi kicauan burung. Jauh dari kebisingan deruman kenderaan dan pencemaran asap kenderaan

Lokasi

:

Terletak didalam kawasan pendalaman Kampung Sungai Mahang dan kawasan ini terletak dalam kawasan perkampungan orang asli.

Alamat

:

Kampung Sungai Mahang, 71800 Nilai Negeri Sembilan.

No Telefon

:

-

Facebook

:

-

Laman Web 

:

-