MENU

NILAI SPRINGS RESORT HOTEL

 
nilai springs

Nilai Springs Resort Hotel adalah satu-satunya hotel bertaraf 4 bintang yang berada di Nilai. Mula beroperasi pertengahan 2009. Nilai Springs Resort Hotel mempunyai 183 bilik. Bilik-bilik penginapan dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu Presindential Suites, VIP Suite, Junior Suite, Deluxe Room dan Superior Room. Bagi semua bilik dalam kategori ‘suite' dan deluxe room ia dilengkapi dengan tab mandi dan pancuran mandi berasingan.

Harga bagi setiap bilik di Nilai Springs Resort Hotel adalah berbeza mengikut kategori bilik dan kemudahan yang disediakan. Bagi bilik ‘Superior' harga bermula dari RM 252.00++ manakala bagi bilik ‘Deluxe' harga bermula dari RM 292.00++. Nilai Springs Resort Hotel juga menyediakan beberapa pakej penginapan untuk peminat golf. Ini kerana ia berada dalam kawasan yang sama dengan Nilai Springs Golf Club.

Kemudahan
Kemudahan di Nilai Springs Resort Hotel adalah bersesuaian dengan taraf 4 bintang yang diberikan. Antara kemudahan yang disediakan seperti bermain golf, ‘driving range', kolam renang, kemudahan sukan seperti tenis, squasy, badminton, gymnasium. Turut disediakan jacuzzi, spa dan pusat kecantikan diri. Kemudahan Wifi bagi melayari internet turut disediakan untuk keselesaan pelanggan.

Lokasi
Nilai Springs Resort Hotel mudah untuk dikunjungi. Ia terletak di Putra Nilai yang mana hanya 30 minit perjalanan dari Kuala Lumpur, 15 minit dari KLIA, 25 minit dari Putrajaya dan 30 minit dari Seremban.

Maklumat Lanjut :-
Nilai Springs Resort Sdn Bhd,
PT. 4770, Putra Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan.

Kemaskini Terakhir: Selasa, 12 Disember 2017 - 4:20pm