MENU

Politeknik Nilai adalah politeknik yang ke-23 ditubuhkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi pada 1 April 2007 dan mula mengambil pelajar dan beroperasi di kampus sementara pada Disember 2007. Berpindah ke Kompleks Pendidikan Enstek pada September 2011 di atas tapak seluas 101.5 ekar yang mengandungi 37 blok bangunan pentadbiran, akademik, kamsis dan kediaman kakitangan. Politeknik Nilai mampu menampung 2,400 pelajar keseluruhannya. Menawarkan pengajian diperingkat diploma menerusi 3 jabatan iaitu (1) Jabatan Perdagangan yang menawarkan Diploma Pengajian Perniagaan, Diploma Kewangan & Perbankan, Diploma Pengurusan Logistik & Rangkaian Bekalan dan Diploma Pengurusan Peruncitan (2) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal menawarkan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (3) Jabatan Agroteknologi & Bioindustri menawarkan Diploma Bioteknologi dan Landskap Holtikultur. Selain daripada jabatan akademik terdapat juga unit-unit sokongan akademik seperti Unit Hal Ehwal Pelajar, Unit Peperiksaan, Unit Jaminan Kualiti, Unit Penyelidikan & Inovasi, Unit Kaunseling & Kerjaya, Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan, Unit Sukan, Unit Kamsis dan Unit Keusahawanan.

Lokasi

:

Politeknik Nilai terletak di Bandar Enstek
Alamat 

:

Politeknik Nilai, Kompleks Pendidikan Nilai, 71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan Darul Khusus.

No telefon 

:

06-7980 400
Facebook

:

Politeknik_Nilai

Laman web

:

www.polinilai.edu.my