MENU

OSC ONLINE

OSC Online Sistem ini adalah salah satu saluran bagi orang awam mengemukakan Pelan cadangan Pemajuan dalam format digital secara elektronik (ePenyerahan) dan ulasan teknikal terhadap Pelan Pembangunan dapat diajukan secara online (ePemprosesan). Ia membantu proses pengemukakan pelan menjadi lebih cepat, cekap secara online dan 24 jam x 7 hari serta rekod pembangunan boleh disimpan dengan lebih teratur.Sila klik di sini http://osconline.mpn.gov.my/

OSC 3PLUS ONLINE

Adalah dimaklumkan bahawa Unit Pusat Setempat (OSC) Majlis Perbandaran Nilai (MPN) telah mula menggunapakai Sistem OSCPlus Online bagi tujuan pengemukaan dan penyerahan permohonan-permohonan pelan pembangunan di MPN bermula pada 01 Julai 2019 (Isnin).

Mulai tarikh tersebut semua perunding dan pemaju dimohon melayari laman sesawang https://osc3plus.kpkt.gov.my/ untuk mendaftar sebagai 'Pemohon' (SP) dan seterusnya menggunakan Sistem OSC 3Plus Online bagi tujuan pengemukaan permohonan pelan pembangunan di MPN.

Kemaskini Terakhir: Selasa, 15 Oktober 2019 - 4:10pm