Kecilkan Teks
Besarkan Teks
Text Purple
Teks Biru
Teks Pink
Teks Orange
    Bahasa Malaysia |   English Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Peta Laman | Bantuan  
  A-Z INDEX A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z  

PEKERJAAN & KERJAYA

WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Nilai. Keutamaan kepada rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus.

A. JAWATAN, GRED, TARAF JAWATAN DAN JADUAL GAJI

BIL.
JAWATAN, GRED &
TARAF JAWATAN
JADUAL GAJI
1
Pembantu Undang -Undang L29 (1 kekosongan) (Kontrak)
P1T1 RM 1472.26 - P1T22 RM 3028.61
2
Penolong Juruaudit W27 (1 kekosongan) (Tetap)
P1T1 RM 1209.09 - P1T26 RM 3031.64
P2T1 RM 1278.67 - P2T26 RM 3217.79
P3T1 RM 1351.27 - P3T26 RM 3409.80
3
Penolong Pegawai Penilaian W27 (1 kekosongan) (Kontrak)
P1T1 RM 1209.09 - P1T26 RM 3031.64
4
Penolong Pegawai Penerangan S27 (1 kekosongan) (Tetap)
P1T1 RM 1204.55 - P1T26 RM 3027.10
P2T1 RM 1274.13 - P2T26 RM 3213.25
P3T1 RM 1346.73 - P3T26 RM 3405.26
5
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29 (2 kekosongan) (Tetap)
P1T1 RM 1160.69 - P1T27 RM 3057.39
P2T1 RM 1231.78 - P2T27 RM 3279.74
P3T1 RM 1305.89 - P2T27 RM 3476.28
6
Juruteknik (Awam) J17 (2 kekosongan) (Tetap)
P1T1 RM 843.06 - P1T26 RM 2325.37
P2T1 RM 896.00 - P2T26 RM 2452.46
P3T1 RM 950.45 - P3T26 RM 2583.95
7
Juruteknik (Senibina) J17 (1 kekosongan) (Tetap)
P1T1 RM 843.06 - P1T26 RM 2325.37
P2T1 RM 896.00 - P2T26 RM 2452.46
P3T1 RM 950.45 - P3T26 RM 2583.95
8
Juruteknik Perancang Bandar & Desa J17(1 kekosongan) (Tetap)
P1T1 RM 843.06 - P1T26 RM 2325.37
P2T1 RM 896.00 - P2T26 RM 2452.46
P3T1 RM 950.45 - P3T26 RM 2583.95
9
Pembantu Penilaian W17 (1 kekosongan) (Tetap)
P1T1 RM 821.89 - P1T24 RM 2152.86
P2T1 RM 873.32 - P2T24 RM 2274.01
P3T1 RM 926.26 - P3T24 RM 2399.46
10
Pembantu Tadbir (Kewangan) W17 (1 kekosongan) (Tetap)
P1T1 RM 821.89 - P1T24 RM 2152.86
P2T1 RM 873.32 - P2T24 RM 2274.01
P3T1 RM 926.26 - P3T24 RM 2399.46
11
Pembantu Juruaudit W17 (1 kekosongan) (Tetap)
P1T1 RM 821.89 - P1T24 RM 2152.86
P2T1 RM 873.32 - P2T24 RM 2274.01
P3T1 RM 926.26 - P3T24 RM 2399.46
12
Pembantu Penguatkuasa N17 (4 kekosongan) (Tetap)
P1T1 RM 820.38 - P1T24 RM 2151.35
P2T1 RM 871.81 - P2T24 RM 2272.50
P3T1 RM 924.75 - P3T24 RM 2397.95
13
Penghantar Notis N3 (1 kekosongan) (Tetap)
P1T1 RM 709.59 - P1T18 RM 1534.57
P2T1 RM 752.06 - P2T18 RM 1617.82
P3T1 RM 796.16 - P3T18 RM 1702.70
14
Pembantu Am Pejabat N1 (1 kekosongan) (Tetap)
P1T1 RM 649.15 - P1T22 RM 1506.79
P2T1 RM 691.62 - P2T22 RM 1583.49
P3T1 RM 735.62 - P3T22 RM 1661.82
15
Pekerja Awam R1 (7 kekosongan) (Tetap)
P1T1 RM 647.51 - P1T14 RM 1178.43
P2T1 RM 689.98 - P2T14 RM 1242.09
P3T1 RM 734.08 - P3T14 RM 1307.38
 
Jadual gaji di atas tidak termasuk Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Imbuhan Tetap Perumahan, Bantuan Sara Hidup dan Elaun-elaun lain.
 
B. SYARAT LANTIKAN
 
1. PEMBANTU UNDANG-UNDANG -GRED L29
  (i) Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L29: P1T4)
  DAN Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
 
2. PENOLONG JURUAUDIT GRED W27
  (i) Diploma dalam bidang pengajian perakuan, pengajian bank atau pengajian perdagangan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi¬institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W27: P1T5)
  DAN Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
 
3. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W27
  (i) Diploma dalam bidang pengurusan harta tanah atau pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W27: P1T6)
  DAN Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
 
4. PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN GRED S27
  (i) Diploma Komunikasi Media yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S27: P1T5)
  DAN Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
 
5. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29
  (i) Diploma Kesihatan Persekitaran daripada Kolej Inspektor Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: P1T6)
  DAN Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
 
6. JURUTEKNIK (AWAM) GRED J17
  (i) Sijil dalam bidang kejuruteraan awam dan seni bina daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J17: P1T9)
  DAN Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
 
7. JURUTEKNIK (SENI BINA) GRED J17

8. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J17
  (i) Sijil dalam bidang perancangan bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi atau politeknik¬politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred J17: P1T9)
  DAN Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
 
9. PEMBANTU PENILAIAN GRED W17
  (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut;
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T1); atau
  (ii) Sijil Penilaian Harta Tanah yang diiktiraf setaraf oleh Kerajaan daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T9)
  DAN Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
 
10. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17
  (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut;
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T1); atau
  (ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T2)
  DAN Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
 
11. PEMBANTU JURUAUDIT GRED W17

12. PEMBANTU PENGUATKUASA GRED N17
  (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J17: P1T9)
  (ii)

Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
        a) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m;
        b) berat badan sekurang-kurangnya 48kg;
        c) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm;
        d) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan             V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
        e) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;
        f) diakui sihat dan sesuai oleh Pegawai Perubatan Kerajaan;

  DAN Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
 
13. PENGHANTAR NOTIS GRED N3
  (i) Penilaian Menengah Rendah / Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred N3: P1T2)
  DAN Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
 
14. PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1
  (i) Berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred N1: P1T2)
  DAN Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
 
15. PEKERJA AWAM GRED R1
  (i) Tamat Darjah 6 Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan; dan
  (ii) Berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini
 
C. TARAF JAWATAN: TETAP / KONTRAK
 
D. TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 28 OKTOBER 2009
 
E. CARA-CARA MEMOHON:
 
  (i) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Permohonan Jawatan (MPN. 1/01) yang boleh didapati daripada Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia Majlis Perbandaran Nilai berharga RM 1.00 atau mengirimkan sampul surat berukuran 22 cm x 35 cm bersetem 60 sen yang beralamat sendiri berserta wang kiriman pos.
    Borang yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dikirimkan ke alamat berikut :
   
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN NILAI
NO. 1, KOMPLEKS PENTADBIRAN,
KERAJAAN PERSIARAN PUSAT BANDAR,
PUTRA NILAI PETI SURAT 52,
71800 NILAI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

  (ii) Pemohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah mengemukakan borang permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan masing-masing dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang kemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi Terkini.
  (iii) Iklan boleh didapati melalui laman web http://www.mpn.gov.my
  (iv) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik, transkrip keputusan peperiksaan semua semester;
  (v) Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas tidak akan dipertimbangkan;
 
F. CATATAN:
  (i) Hanya calon yang layak selepas tapisan / senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ujian fizikal dan / atau temuduga;
  (ii) Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Nilai.
Hakcipta terpelihara 2009 © Jabatan Teknologi Maklumat, Majlis Perbandaran Nilai
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768