PEMBAYARAN ONLINE EKL

 

 

Pembayaran Online Cukai Taksiran, Kompaun Kenderaan Dan
Pembaharuan Lesen Premis Perniagaan Dan Iklan
Melalui Portal MyGovernment (MGX)
Secara Debit Terus (FPX) dan Kad Kredit

 

BULLET PENGENALAN
 

SALURAN e-KL - Keselesaan Pembayaran Online

Merupakan salah satu inisiatif kerajaan bertujuan mempelbagaikan saluran pembayaran melalui Internet menggunakan kemudahan debit terus dan kad kredit bagi memudahkan rakyat berurusan dengan agensi – agensi kerajaan termasuk Majlis Perbandaran Nilai.

 

Perkhidmatan Online ini telah diumumkan kepada orang awam dan di dalam laman web Majlis Perbandaran Nilai bermula 26 Julai 2010. Transaksi pembayaran secara online boleh disempurnakan menerusi Portal Rasmi Kerajaan Malaysia atau Portal myGovernment di http://www.malaysia.gov.my.

Perkhidmatan Online Majlis Perbandaran Nilai yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  1. Pembayaran Cukai Taksiran
  2. Pembayaran Kompaun Kenderaan
  3. Pembaharuan Lesen Premis Perniagaan dan Iklan

 

BULLET FAEDAH PEMBAYARAN ONLINE MELALUI SALURAN E-KL

  1. Pembayaran online boleh dilaksanakan secara serentak bagi lebih daripada satu (1) perkhidmatan yang telah didaftarkan.
  2. Pembayaran online bukan hanya kepada Majlis Perbandaran Nilai malahan kepada beberapa agensi kerajaan di Lembah Klang.

 

BULLET PEMBAYARAN SECARA DEBIT TERUS
 

Pembayaran secara debit terus atau Financial Process Exchange (FPX) boleh dilaksanakan menggunakan bank – bank yang telah berdaftar dengan MEPS seperti senarai di bawah:

  1. CIMB Bank
  2. Bank Islam
  3. Hong Leong Bank
  4. Maybank
  5. Public Bank
  6. RHB Bank

 

     

   

 

 

BULLET PEMBAYARAN SECARA KAD KREDIT
 

Pembayaran secara kad kredit boleh dilaksanakan menggunakan kad Visa dan MasterCard.

 

 

BULLET HELPDESK E-KL

Emel : mygovxchange@mampu.gov.my

* Sila muat turun panduan pengguna di sini.

Bookmark and Share
Paparan : 3162
Tarikh Akhir Dikemaskini : 14 Mei 2013