KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA (KUIM)
Kolej Unversiti Islam Malaysia merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ke-12 di negara ini. Di antara tujuan penubuhan KUIM ialah memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan negara dan menekankan penggunaan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan penyelidikannya. Penguasaan bahasa Arab dan Inggeris di samping bahasa kebangsaan juga menjadi tumpuan. Mempunyai keluasan keseluruhan kampus induk seluas 468 ekar. KUIM mempunyai 7 buah fakulti iaitu:-
- Fakulti Syariah & Undang-Undang (FSU)
- Fakulti Pengajian Quran & Sunnah (FPQS)
- Fakulti Kepimpinan & Pengurusan (FKP)
- Fakulti Ekonomi & Muamalat (FEM)
- Fakulti Sains & Teknologi (FST)
- Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK)
- Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU)
Kemudahan
Antara kemudahan yang ada di dalam kampus seperti perpustakaan, pusat Islam, kafetaria, makmal komputer, kemudahan sukan dan sebagainya.
Lokasi
Terletak di dalam kawasan Bandar Baru Nilai berhampiran dengan Stadium Tertutup Nilai iaitu 30 minit perjalanan dari Seremban dan 45 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.
Maklumat Lanjut :-
Kolej Universiti Islam Malaysia,
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai.
Tel : 06-798 8000 Fax : 06-799 3843
|
|
.jpg)
.jpg)
.jpg)
|
 .gif)
.jpg)
.jpg) |
|
|
NILAI INTERNATIONAL COLLEGE Keluasan kampus adalah seluas 105 ekar. Para pelajar datang dari seluruh luar negara seperti Indonesia, Jepun, Korea, Singapura, China, India, Kenya, Oman, Maladewa, Mauritius, Mongolia, Pakistan dan lain-lain negara. Antara program dan kursus yang ditawarkan ialah:-
- Perniagaan, Perakaunan, Pengurusan & Pemasaran.
- Komputer.
- Kejuruteraan.
- Hospitaliti
- Pra-Universiti
Kemudahan
Antara kemudahan-kemudahan yang ditawarkan ialah:-
- Asrama pelajar
- 39 buah dewan pengajaran dan 4 dewan kuliah
- Kafeteria yang mampu menampung seramai 1000 orang.
- Dewan serbaguna dan perpustakaan.
- Kemudahan sukan dan rekreasi.
- Kemudahan pengangkutan ke Stesen Komuter Nilai.
Lokasi
Terletak di Bandar Baru Nilai iaitu 30 minit perjalanan dari Seremban manakala dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur mengambil masa perjalanan selama 20 minit. Maklumat Lanjut :-
Nilai International College
Tel : 06-850 2338
Fax : 06-850 2339 Website : www.nilai.edu.my |