INFO
 
 
 
Latarbelakang Sejarah
Perutusan YDP
Senarai Ahli Majlis
Kalendar 2008
Tender
Sebut Harga
Jawatan Kosong
Arkib Foto
 
Capaian Pantas
 

Sistem Aduan NSDK

Laman Web Kerajaan
Laman Web Kerajaan
Laman Web Kerajaan
Laman ini diselenggarakan oleh
Bahagian Sistem Maklumat
Perhatian :
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Resolusi Terbaik 1024 x 768


Latarbelakang MPN I Objektif I Rasional & Rekabentuk
Logo
 Logo berasaskan kepada suatu rekacorak grafik yang mengadunkan   lambang kemajuan dan perindustrian yang menjadi ciri pembangunan   Majlis Perbandaran Nilai. Fokus dan cantuman logo berpusat kepada huruf   awalan Majlis yang terdiri daripada "M" untuk Majlis, "P" untuk Perbandaran   dan "N" untuk Nilai.
Warna Kerajaan Negeri Sembilan iaitu MERAH, HITAM dan KUNING   dijadikan warna asas logo Majlis Perbandaran Nilai.
Jata
Jata atau Lambang rasmi Majlis ini disokong kuat oleh enam bentuk   kubah/pillar yang berlainan saiz yang mewakilienam elemen utama yang   menjadi tunjang wawasan struktur pentadbiran Majlis iaitu mesra rakyat ,   harmoni dengan alam sekitar, kualiti perkhidmatan dan kecekapan   pentadbiran, beramanah, berwawasan dan berteknologi serta maju dan   makmur.
Ia juga mewakili enam Majlis Tempatan dan Lembaga Bandaran asal yang   terdapat di dalam Majlis Daerah Seremban.
Bendera
Reka corak bendera adalah berasaskan kepada penggunaan logo utama
Warna biru tua yang menjadi asas dan latar bendera adalah simbol   kepada aspek keharmonian dan kestabilan pentadbiran dan pemerintahan   kerajaan negeri pada keseluruhannya. Manakala warna putih mencerminkan   elemen keunggulan keterampilan pihak Majlis yang bersifat mesra rakyat   dan komited. Struktur corak penggunaan warna biru dan putih secara   berselang memaparkan puncak gabungan bersama ke arah merealisasikan   pembangunan Nilai ke arah kesejahteraan.
Canna Indica
Canna Indika, berasal dari keluarga Cannaceae
Nama Tempatan : Bunga Tasbih, Pisang Sebiak
Asal Habitat : Terdiri daripada banyak spesis termasuk dari Amerika Selatan
Pokok jenis ini biasanya bersaiz dan boleh mencapai ketinggian antara 0.6 meter sehingga 2.4 meter (8 kaki) apabila matang. Batangnya lembut dan mempunyai rizom bersaiz kira-kira 2sm (diameter). Bunganya menarik dan terdapat dalam warna merah, jingga, kuning dan kuning bertompok merah. Setiap kuntum mempunyai empat kelompak bersaiz kira-kira 2sm setiap satu. Di bahagian hujung kelopak bunga terdapat garisan kuning keemasan. Daunnya besar berwarna hijau gelap dan bersaiz 4 hingga 5 inci serta berpuih pada pangkal yang membaluti batangnya. Perbezaan antara spesis adalah dari segi warna bunganya. Bunga ini tumbuh dan berbunga dengan baik pada waktu dan cuaca yang lembab. Ia sesuai ditaman pada tanah lapisan atas (top soil) melalui proses penggemburan tanah. Dalam keadaan kering ia perlu sentiasa disiram air. Ia mudah dibiak dan di taman melalui biji-benih dengan campuran pasir, tanah dan baja kompos. Jarak penanaman antara satu pokok ke satu pokok ialah 50sm. Ini bertujuan mengelakkan pertindihan dan pertumbuhan yang tidak seimbang dan sempit yang bakal mencacatkan pemandangan. Jangka hayat bunga ini boleh mencapai sehingga satu hingga dua tahun. Apabila di-pangkas proses pertumbuhan semula bunga akan mengambil masa kira-kira sebulan. Bunga ini sesuai ditanam dengan pokok-pokok lain yang berlainan jenis yang lebih rendah kerana ketinggiammya.
 
©2002-2008 Majlis Perbandaran Nilai. Semua Hakcipta Terpelihara