RESTORAN DI NILAI

 

 

RESTORAN D'PANTAI

Sebuah restoran yang diuruskan oleh Green Island Sdn. Bhd. Menyediakan pelbagai menu baru dalam sektor makanan Melayu dengan harga yang berpatutan. Restoran siber berkonsepkan santai. Kemudahan jalur lebar tanpa kabel (Wireless Broadband) percuma bagi kemudahan pengunjung.

Di antara kawasan pelancongan yang terdapat di Seremban, Negeri Sembilan. Kemudahan awam yang lengkap seperti surau, tandas, taman permainan, tempat letak kereta, pondok rehat, lokasi pintu masuk Jabatan Veterinar boleh dijadikan persinggahan sementara kepada pelancong yang melawat Mini Zoo JPH dan Jelita Ostrich.

Restoran Herba Melayu yang mengumpulkan pelbagai herba yang terdapat di Malaysia dan akan dijadikan sebagai pusat herba Melayu. Kawasan restoran yang terletak bersebelahan Jalan Seremban-Jelebu sesuai dijadikan perhentian bagi pemandu yang ingin berehat.

Antara menu yang terdapat di restoran ini adalah seperti ikan talapia hidup, rebusan Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Akar Sarsi, pelbagai jenis lempeng, nasi lemak, kambing grill, ostrich black pepper, ice blended dan lain-lain.

 

aunty aini



Waktu Perniagaan
Waktu perniagaan bermula pada jam 4.00 petang hingga 2.00 pagi bagi makan petang dan malam, ia dibuka 7 hari seminggu.



Lokasi
Restoran D'Pantai terletak di Batu 6, Jalan Pantai, Seremban, Negeri Sembilan. Berhampiran laluan pintu masuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jelita Ostrich Farm. Sekiranya anda dari Nilai ia mengambil masa hanya 20 minit manakala dari bandar Seremban ia mengambil masa 10 minit.



Maklumat Lanjut
Mohd Rizal Abd Karim
Restoran MPN
Batu 6, Jalan Pantai,
71770 Seremban.
Tel / Fax : 06-763 2737
Tel.(HP): 012 - 629 7103 / 013- 390 8950

 

Bookmark and Share
Paparan : 5407
Tarikh Akhir Dikemaskini : 03 Mac 2013