Tema   :   bg1 bg2 bg3 bg4 Warna Tulisan: Teks Warna Merah Teks Warna Biru Teks Warna Pink semula Saiz Tulisan: Besarkan Teks Kembali ke Asal Kecilkan Teks Suara: suara
Bahasa:   Bahasa Melayu|English| Bahasa Lain
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Peta Laman | Bantuan  
Portal Rasmi Majlis Perbandaran Nilai
  A-Z Index A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z  
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
 


Pengenalan

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan sebuah Universiti Islam Malaysia yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia di permulaan abad ke-21. Ia merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ke-12 di negara ini dan didaftarkan dengan nama Universiti Sains Islam Malaysia (sebelum ini dikenali dengan nama Kolej Universiti Islam Malaysia). Di antara tujuan penubuhan USIM ialah memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan negara dan menekankan penggunaan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan penyelidikannya. Penguasaan bahasa Arab dan Inggeris di samping bahasa kebangsaan juga menjadi tumpuan.


Dalam usaha mempastikan matlamat tersebut terlaksana, USIM menetapkan enrolmen pelajarnya terhad supaya tumpuan khusus dapat diberikan untuk membina ketrampilan, kebolehan dan disiplin serta keimanan yang jitu di kalangan pelajar.

Fakulti

USIM mempunyai 8 buah fakulti iaitu:

  • Fakulti Pengajian Quran & Sunnah (FPQS)
  • Fakulti Kepimpinan & Pengurusan (FKP)
  • Fakulti Syariah & Undang-Undang (FSU)
  • Fakulti Ekonomi & Muamalat (FEM)
  • Fakulti Sains & Teknologi (FST)
  • Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK)
  • Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU)
  • Fakulti Pergigian (FPg)

Kemudahan

Kemudahan yang disediakan ialah Dewan Kuliah, Dewan peperiksaan, makmal sains, mahkamah Moot, perpustakaan, Pusat Kesihatan, Makmal Kaunseling, Studio Radio, Makmal Bioteknologi Makanan, Pavilion, Stadium, Wireless, Pusat Khidmat Setempat, Kolej Kediaman Pelajar, Makmal Komputer, Gimnasium dan banyak lagi.


Lokasi

Terletak di dalam kawasan Bandar Baru Nilai iaitu 30 minit perjalanan dari Seremban dan 45 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.

Maklumat Lanjut :-

Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan.
Tel : 06-798 8000
Website : www.usim.edu.my
Email : pro@usim.edu.my

   Kolej Universiti Islam Malaysia

 

 

Bookmark and Share
Paparan : 2912
Tarikh Akhir Dikemaskini : 18 Ogos 2011
Hakcipta terpelihara 2012 © Jabatan Teknologi Maklumat, Majlis Perbandaran Nilai
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768
Tarikh Kemaskini v4.3
Tarikh Kemaskini : 06 Februari 2012 02:35 PM
RSSJAP" RSS