Latarbelakang: bg1 bg2 bg3 bg4 Kontras Warna: Latarbelakang Hitam Latarbelakang Biru Latarbelakang Krim Latarbelakang Normal Saiz Tulisan: Besarkan Teks Kembali ke Asal Kecilkan Teks Suara: suara OKU: suara
Bahasa:   Bahasa Melayu|English| Bahasa Lain
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Peta Laman | Bantuan  
Portal Rasmi Majlis Perbandaran Nilai
  A-Z Index A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z  

 
TEMPAT-TEMPAT MENARIK
    

LADANG ANGGUR SENDAYAN

Ladang Anggur Sendayan adalah satu-satunya ladang anggur di Negeri Sembilan. Ia menjadi satu daya penarik kepada para pelancong dan peminat buah-buahan untuk menikmati buah yang kebiasaannya hanya di tanam di luar negara yang beriklim sejuk. Diusahakan oleh sebuah syarikat tempatan iaitu Syarikat A-WINN Global Market Services Sdn Bhd yang mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan.

Terdapat 6,000 pokok anggur yang telah ditanam di atas tanah seluas 10 hektar iaitu anggur dari jenis Black Opal, White Malaga, Shiraz dan Black Pearl. Kesemua anggur yang dikeluarkan oleh ladang ini dijenamakan sebagai “Sendayan Valley” dan akan dipasarkan dipasaran tempatan. Selain daripada tanaman anggur sebagai tanaman utama, ladang tersebut juga menanam tanaman lain seperti buah nona, jambu, mata kucing, laici, sukun, ciku, belimbing besi, rambutan dan mangga. Selain daripada buah-buahan ladang ini juga menjual pokok anggur bonsai yang dijual antara RM 300 hingga RM 500 sepokok.

Lokasi
Ladang anggur Sendayan Valley terletak lebih kurang 6 km dari Jalan Seremban-Port Dickson, 90 km dari Kuala Lumpur, 15 km dari Bandar Seremban dan hanya 20 km dari KLIA. Ini menjadikan Sendayan Valley sebagai ladang anggur paling dekat dengan bandar.

Waktu Perniagaan & Kadar Bayaran
Ladang dibuka setiap hari 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 4.00 petang hingga 7.00 petang dengan bayaran RM 5.00 dewasa dan RM 3.00 bagi kanak-kanak.

Maklumat Lanjut :-
Ladang anggur “Sendayan Valley”
03-7877 8151

 


 

   

Ladang Anggur

 

 

 

Bookmark and Share
Paparan : 2322
Tarikh Akhir Dikemaskini : 10 November 2010
Hakcipta terpelihara 2012 © Jabatan Teknologi Maklumat, Majlis Perbandaran Nilai
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768
Tarikh Kemaskini v4.3
Tarikh Kemaskini : 18 Mei 2012 12:00 AM
RSSJAP" RSS