Latarbelakang: bg1 bg2 bg3 bg4 Kontras Warna: Latarbelakang Hitam Latarbelakang Biru Latarbelakang Krim Latarbelakang Normal Saiz Tulisan: Besarkan Teks Kembali ke Asal Kecilkan Teks Suara: suara OKU: suara
Bahasa:   Bahasa Melayu|English| Bahasa Lain
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Peta Laman | Bantuan  
Portal Rasmi Majlis Perbandaran Nilai
  A-Z Index A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z  

 

 APLIKASI E-BAYARAN

 

PENGENALAN

e-Bayaran merupakan salah satu saluran alternatif bagi perkhidmatan pembayaran online yang menyediakan kemudahan kepada orang awam untuk membuat pembayaran bil dan kompaun kepada Majlis Perbandaran Nilai dengan lebih mudah dan cepat. e-Bayaran menawarkan kemudahan kaedah pembayaran online secara debit terus (FPX) dan kad kredit.

e-Bayaran telah diumumkan kepada orang awam dan di dalam laman web Majlis Perbandaran Nilai bermula 1 Julai 2011. Transaksi pembayaran secara online boleh disempurnakan dengan capaian di Portal Majlis Perbandaran Nilai atau di https://ebayaran.mpn.gov.my


PERKHIDMATAN PEMBAYARAN ONLINE

Perkhidmatan pembayaran online yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  1. Pembayaran Cukai Taksiran
     
  2. Perkhidmatan pembayaran online yang ditawarkan adalah seperti berikut:
     
  3. Pembayaran Sewaan Contoh: Sewaan Gerai dan Pasar
  4. Pembayaran Kompaun Letak Kenderaan Contoh: Kesalahan Meletakkan Kenderaan Berat Di Dalam Kawasan  Taman/Tempat Awam, Kesalahan Meletakkan Kenderaan Bersalahan Cara Yang Ditetapkan, Kesalahan Meninggalkan Kenderaan Di Petak Kereta Melebihi 2 Hari dan sebagainya.
  5. Pembayaran Kompaun Pelbagai Contoh: Kesalahan Gagal Mempamerkan Lesen Perniagaan, Kesalahan Berniaga Tanpa Lesen Pernigaan, Kesalahan Halangan Kaki Lima sebagainya.

 
KAEDAH PEMBAYARAN ONLINE

PEMBAYARAN SECARA DEBIT TERUS (FPX)

PEMBAYARAN SECARA KAD KREDIT

 

Keterangan

Pembayaran online secara debit terus atau Financial Process Exchange (FPX) boleh dilaksanakan secara realtime menggunakan akaun semasa atau akaun simpanan.

Transaksi pembayaran ini memerlukan akaun perbankan Internet dengan mana - mana bank yang menyertai MEPS seperti di bawah :

  1) Bank Islam Malaysia Berhad melalui perbankan Internet BIMB;
  2) Bumiputera-Commerce Bank Berhad melalui CIMB Clicks;
  3) Hong Leong Bank Berhad melalui perbankan Internet Hong Leong Bank;
  4) Malayan Banking Berhad melalui M2U dan M2e.net;
  5) Public Bank Berhad melalui PBeBank.com;
  6) RHB Bank Berhad melalui RHBNow

Had Amaun Yang Dibenarkan

Setiap pembayaran adalah dihadkan sebanyak RM30,000 bagi setiap satu transaksi.

Caj Perkhidmatan

Tiada caj perkhidmatan yang akan dikenakan ke atas akaun pengguna bagi kemudahan pembayaran ini.

Waktu Operasi

Waktu operasi perkhidmatan pembayaran melalui FPX adalah dari jam 7.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari termasuk hari cuti dan kelepasan am.

 

Keterangan

Pembayaran online secara kad kredit boleh dilaksanakan menggunakan mana – mana kad kredit seperti di bawah :

 

  1) Kad Kredit VISA

  2) Kad Kredit MasterCard

Had Amaun Yang Dibenarkan

Had amaun bagi setiap transaksi pembayaran adalah bergantung kepada had amaun yang telah ditetapkan ke atas kad kredit yang digunakan.

Caj Perkhidmatan

Tiada caj perkhidmatan yang akan dikenakan ke atas transaksi pembayaran menggunakan kad kredit.

Waktu Operasi

Waktu operasi perkhidmatan pembayaran melalui kad kredit adalah 24 jam.

HELPDESK

Sebarang pertanyaan berkenaan e-Bayaran boleh diajukan kepada mana – mana saluran seperti di bawah :

Alamat :                      

MAJLIS PERBANDARAN NILAI
No. 1, Kompleks Pentadbiran Kerajaan,
Persiaran Pusat Bandar, Putra Nilai,
71800 Nilai,
Negeri Sembilan Darul Khusus

No. Telefon : +6 06 – 7989 000

No. Faks  : +6 06 – 7997 300

E-mail  : ebayaran@mpn.gov.my

MANUAL PENGGUNA

Sila muat turun Manual Penggunaan Aplikasi e-Bayaran sebagai rujukan.

 

 

 

 
 
 
 
Bookmark and Share
Paparan : 572
Tarikh Akhir Dikemaskini : 19 Ogos 2011
Hakcipta terpelihara 2012 © Jabatan Teknologi Maklumat, Majlis Perbandaran Nilai
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768
Tarikh Kemaskini v4.3
Tarikh Kemaskini : 18 Mei 2012 12:00 AM
RSSJAP" RSS