Latarbelakang: bg1 bg2 bg3 bg4 Kontras Warna: Latarbelakang Hitam Latarbelakang Biru Latarbelakang Krim Latarbelakang Normal Saiz Tulisan: Besarkan Teks Kembali ke Asal Kecilkan Teks Suara: suara OKU: suara
Bahasa:   Bahasa Melayu|English| Bahasa Lain
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Peta Laman | Bantuan  
Portal Rasmi Majlis Perbandaran Nilai
  A-Z Index A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z  

 
NILAI SPRINGS RESORT HOTEL
 
nilai springs     

Nilai Springs Resort Hotel adalah satu-satunya hotel bertaraf 4 bintang yang berada di Nilai. Mula beroperasi pertengahan 2009. Nilai Springs Resort Hotel mempunyai 183 bilik. Bilik-bilik penginapan dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu Presindential Suites, VIP Suite, Junior Suite, Deluxe Room dan Superior Room. Bagi semua bilik dalam kategori ‘suite’ dan deluxe room ia dilengkapi dengan tab mandi dan pancuran mandi berasingan.

Harga bagi setiap bilik di Nilai Springs Resort Hotel adalah berbeza mengikut kategori bilik dan kemudahan yang disediakan. Bagi bilik ‘Superior’ harga bermula dari RM 252.00++ manakala bagi bilik ‘Deluxe’ harga bermula dari RM 292.00++. Nilai Springs Resort Hotel juga menyediakan beberapa pakej penginapan untuk peminat golf. Ini kerana ia berada dalam kawasan yang sama dengan Nilai Springs Golf Club.

Kemudahan
Kemudahan di Nilai Springs Resort Hotel adalah bersesuaian dengan taraf 4 bintang yang diberikan. Antara kemudahan yang disediakan seperti bermain golf, ‘driving range’, kolam renang, kemudahan sukan seperti tenis, squasy, badminton, gymnasium. Turut disediakan jacuzzi, spa dan pusat kecantikan diri. Kemudahan Wifi bagi melayari internet turut disediakan untuk keselesaan pelanggan.

Lokasi
Nilai Springs Resort Hotel mudah untuk dikunjungi. Ia terletak di Putra Nilai yang mana hanya 30 minit perjalanan dari Kuala Lumpur, 15 minit dari KLIA, 25 minit dari Putrajaya dan 30 minit dari Seremban.

Maklumat Lanjut :-
Nilai Springs Resort Sdn Bhd,
PT. 4770, Putra Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan.

Bookmark and Share
Paparan : 1433
Tarikh Akhir Dikemaskini : 10 November 2010
Hakcipta terpelihara 2012 © Jabatan Teknologi Maklumat, Majlis Perbandaran Nilai
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768
Tarikh Kemaskini v4.3
Tarikh Kemaskini : 18 Mei 2012 12:00 AM
RSSJAP" RSS